Showing posts with label Jenis Jerawat. Show all posts
Showing posts with label Jenis Jerawat. Show all posts

Thursday 26 November 2015

Kenali Jenis Jerawat Untuk Atasi Masalah Kulit Muka

Kenali Jenis Jerawat Untuk Atasi Masalah Kulit Muka

Kulit berjerawat merupakan masalah yang menghantui hampir 80 peratus rakyat Malaysia. Malahan, masalah kulit muka ini adalah masalah yang lazimnya  dihadapi oleh setiap individu seantero dunia. Saya pun sering menghadapi diserang jerawat lebih-lebih lagi bila hampir period. Mengikut kajian, setiap jerawat ini adalah berbeza mengikut jenis-jenisnya. Oleh kerana jerawat ini ada pelbagai jenis maka tak hairanlah penyelesaiannya juga tak sama!

Mari kita sama-sama mengenali jenis-jenis jerawat dalam usaha kita untuk mengatasi masalah kulit muka. 

1. Jerawat biasa.


Jerawat biasa ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

Jenis Jerawat

  • Blackhead (bintik hitam) – Berbeza dengan bintik putih, bintik hitam ini terjadi kerana liang atas telah terbuka dan pigmen kulit telah teroksida dengan oksigen. Ianya belum dijangkiti kuman namun elakkan dari menggunakan scrub muka kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan.
  • Whitehead (bintik putih) – Bintik putih ini berlaku kerana sebum telah memenuhi liang kulit muka dan menyebabkannya tersumbat dan kulit telah mati. Liang telah tertutup diatas dan memerlukan rawatan intensif. 
  • Papules – Liang kulit muka dan sekitar telah dijangkiti kuman dan berlaku radang.
  • Pustules – Peringkat yang lebih kronik dari papules. Liang kulit muka juga telah diserang kuman dalam tempoh yang lama menyebabkannya radang mengeluarkan nanah dari liang kulit muka.

2. Jerawat Serius Atau Acne Vulgaris

  • Nodul -Lebih dikenali sebagai jerawat batu dalam masyarakat kita. Jerawat ini sakit bila disentuh. Kelihatan berbonjol dan bersaiz lebih besar dari jerawat biasa. Lazimnya, akan meninggalkan parut dimuka dan berulang-ulang di kawasan yang sama.
  • Sista – Sista atau cyst ini terjadi akibat kombinasi jerawat-jerawat nodul yang bercantum antara satu sama lain sehingga membentuk sista yang besar. Jangan sesekali memicit jerawat ini kerana ianya akan menjadikannya lebih merebak dan meninggalkan parut yang tak diingini. 
Jerawat Kronik


3. Jerawat Kronik Atau Acne Rosacea – Masalah kulit muka ini sering disalahtafsir sebagai sejenis jerawat. Sebenarnya ia bukan jerawat dan sudah tentu rawatannya juga berbeza. Acne Rosacea ini wujud sebagai bonjolan bernanah berwarna merah dan tak mempunyai bintik hitam. Seolah-olah sama dgn acne vulgaris. Jika dibiarkan tanpa rawatan, anda berisiko menghadapi bengkak hidung. Disarankan untuk anda berjumpa pakar kulit untuk masalah ini. Lazimnya menyerang wanita berumur 30 tahun dan ke atas.

4. Jerawat Kronik Lain (Severe Acne) 
  • Acne Conblongata – Tahap yang paling teruk bagi Acne Vulgaris. Biasanya menyerang lelaki. Meninggalkan kesan parut kekal dan menyerang kawasan muka, dada, belakang badan, atas tangan, punggung dan peha. Lazimnya menyerang belia berusia 10 tahun ke 30 tahun.
  • Acne Fulminans –  Masalah kulit ini ajan menyerang secara tiba-tiba selepas dijangkiti masalah acne conblongata. Biasanya akan dihadapi oleh golongan lelaki dan usia muda. Simptom-simptomnya diserang demam, gatal yang teruk dan tak bereaksi kepada antibiotik.
  • Gram-Negative Folliculitis–  diakiatkan oleh jangkitan kuman berkemungkinan kerana kesan dari rawatan antibiotik dalam jangkamasa lama untuk merawat jerawat pustules atau sista. Masalah kulit muka ini jarang berlaku dan boleh dirawat. 
  • Pyoderma Faciale (Rosacea Fulminans)– Hanya dihadapi oleh wanita berusia dalam lingkungan usia 20 ke 40 tahun. Simptom yang dihadapi adalah seperti jerawat batu (nodules) besar yang sakit, luka-luka. Menyerang secara mendadak dan berpotensi menyerang mereka yang tak pernah menghadapi masalah jerawat. Ianya akan berlarutan untuk beberapa tempoh tertentu dan akhirnya akan sembuh.
Saranan saya untuk masalah jerawat yang kronik, anda perlu segera untuk berjumpa dengan pakar kulit atau dermatologist. Jangan dibiarkan berlarutan atau anda hanya menggunakan produk-produk di farmasi. Masalah kulit muka yang serius dan kronik ini memerlukan konsultasi berterusan dari dermatologist dan mengambil masa untuk sembuh.

KENALI LAH PRODUK SET JERAWAT NABIAH BEAUTY
 
  Manalaka untuk mereka yang menghadapi masalah kulit muka yang tidak kronik atau pun yang telah sembuh sepenuhnya dari jerawat serius. Laburkanlah wang anda untuk set jerawat Nabiah Beauty supaya kulit anda bukan sahaja lebih sihat malah kekal cantik dan gebu sehingga suami pun tak mahu keluar rumah (eh!).
Kombinasi herba dengan teknologi dari France dan mendapat kelulusan dari KKM. Guna tanpa was-was!!


Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang.