Showing posts with label Tips Pencuci Muka. Show all posts
Showing posts with label Tips Pencuci Muka. Show all posts

Tuesday 27 October 2015

TIPS UNTUK PENCUCI MUKA

TIPS UNTUK PENCUCI MUKA

TIPS UNTUK PENCUCI MUKA

TIPS UNTUK PENCUCI MUKA

 

*Pencuci Muka*


Kenali jenis kulit wajah anda dahulu sebelum membeli pencuci muka. Sebagai contoh, jika anda memiliki kulit muka berminyak, jangan pilih pencuci muka khas buat orang yang mempunyai kulit sensitif kerana ia tidak sesuai. Setelah anda tahu jenis kulit muka anda, dapatkan pencuci muka yang sesuai. Jika anda menggunakan pencuci muka yang sama dalam tempoh seminggu dan mendapati kulit muka anda sedikit kasar dan didatangi ruam-ruam halus, itu adalah gejala alergi. Hentikan penggunaan pencuci muka tersebut dengan segera.
.
- Sebelum mencuci muka, anda disarankan agar membersihkan wajah terlebih dahulu dengan tisu basah atau minyak bayi. Ianya boleh menanggalkan kotoran yang ada pada wajah yang berkemungkinan tidak mampu dibuat oleh pencuci muka sahaja. Bahagian wajah anda yang perlu diberi perhatian adalah pada kawasan sekitar mata, tepi hidung, dan keseluruhan kulit muka anda.
.
- Buihkan pencuci muka anda sebelum disapu pada kulit muka. Jangan sesekali menggosok muka anda dengan kuat. Lakukan pembersihan dalam bentuk putaran, sebelum membilasnya dengan air bersih.
.
- Usah fikir dengan hanya sekali cucian wajah anda sudah bersih sepenuhnya. Ambil pencuci muka sekali lagi dan ulangi langkah kedua.
.
- Selepas wajah anda dibilas dengan air bersih, lapkan perlahan-lahan sebelum anda mengoleskan penyegar dan pelembap wajah.


"SEBAB ITU NABIAH BEAUTY MEMPUNYAI TIGA JENIS KLAS UNTUK MERAWAT"